Monday, 15 December 2014

Kenapa Kaya Semakin Kaya dan Miskin Semakin Miskin

Kenapa Kaya Semakin Kaya dan Miskin Semakin Miskin
Pada suatu ketika, saya berasa kuriosti.

Kenapa ada sesetengah orang hidupnya semakin lama semakin kaya?

Dan kenapa ada sesetengah orang hidupnya semakin lama semakin miskin?

Apakah asbabnya?

Dan selepas 2 tahun saya buat kajian tentang kekayaan dan kejayaan barulah saya faham.

Jawapannya:

FOKUS!

Sebab segala-galanya adalah doa.

Fikir + Rasa + Buat = Doa > Hasil.

Maksudnya, orang kaya mereka mereka sentiasa fikir bagaimana untuk tingkatkan kekayaan yang sedang ada walaupun dalam poket ada RM 10.

Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada walaupun dapat minum air kosong sahaja.

Dan mereka berpakaian, berkomunikasi dan bersikap seperti orang kaya.

Ia bermula dari kecil tetapi konsisten. Lama-lama ia berkembang, berkembang dan berkembang.

Sesampailah satu tahap kekayaan dan kejayaan yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

Berbeza pula dengan orang yang miskin.

Kita lihat:

Fikir + Rasa + Buat = Doa > Hasil.

Orang miskin mereka suka mencari alasan. Suka menyalahkan asbab luaran. Sedangkan kita yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nasib diri kita sendiri.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sedangkan kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibhnya."

Dan mereka suka rasa hidup mereka malang, "Ini sudah ketentuan Allah. Aku sudah dinasibkan begini." selama 24/7/365 hari.

Lagi teruk, mereka mengamalkan sikap yang negatif seperti berkata negatif dan seumpama dengannya.

Kesimpulan

Segala-galanya yang kita fikir, rasa dan buat adalah doa. Setiap masa, setiap saat.

Oleh sebab itu, orang kaya mereka hanya fokus kepada kekayaan dan kejayaan.

Mereka faham tentang hukum alam (sunnatullah).

Jadi, kekayaan bermula dari sekarang.

Don't Dream But Be It. ~ Mika Power.

Thursday, 4 December 2014

MAKBULNYA DOA MANUSIA yang SUKA MEMUJI.


MAKBULNYA DOA MANUSIA yang SUKA MEMUJI.
==========================

CARA  BERDOA yang dimakbulkan ialah....

dengan mengutamakan ALLAH sebagai yang pertama-tama dalam hidup kita
kerana DIAlah pemberi REZEKI.

Adakah anda suka manusia memuji anda?

 Semua orang suka dipuji bukan?

Anak puji ayah,
Suami puji isteri,
Adik puji Kakak,
Kawan puji Kawan.
Jiran Puji Jiran
dan lain-lain.

Kita suka sangat kan? Rasa nak rapat-rapat gitu... hihi.. Apabila kita merasa suka dengan PUJIAN itu, terasa melambung-lambung perasaan kita kan? Rasa nak beri itu, nak beri ini kepada yang memuji kan? Secara spontan kan...





Biasanya kita akan ucapkan,
.
"HAI... puji-puji ni ada apa-apa ke? Mesti nak apa-apa ni....?" hehe...
(komunikasi saya dengan adik biasa begitu )
.
Kemudian saya dengan rela hati akan berikan dia apa yang dia nak.
Rasa bertambah-tambah mahu memberi kerana sikap baiknya kepada saya hehe...
.
Ada sesiapa dalam kalangan pembaca di sini yang ada anak?
Yang mana kadangkala anak-anak kecil itu sekali sekala memuji kita


"Mommy cantiklah hari ini! " .. adik nak duit rm5 boleh? hihi..
"Ayah nampak hensemlah hari ini" kakak nak ayah belikan itu balik nanti boleh? hihi



Apabila terdengar pujian itu, bagaimana kita bertindak balas?
Rasa ingin memberi bukan?

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah...

ITULAH ALLAH...:)

Yang MAHA MEMBERI itu sangat suka kepada hambanya yang memuji-mujinya, mensucikannya, mengagungkannya, membesarkannya.

Sebab itu kita disarankan sebelum berdoa (meminta) kita perlu dahulu berzikir, bertahmid, bertakbir...
tetapi kita tidak, doanya laju, bacaannya laju, solatnya laju. semuanya mahu laju-laju.
Tidak mahu berlama-lama di tikar sejadah kerana ada "DUNIA" di dalam hati.


ALLAH sangat suka kepada hamba yang suka memuji kerana segala puji-pujian hanyalah kepadanya. Semakin kita puji dia, semakin banyak dia memberi, semakin kita suka memuji dia, semakin suka dia memberi...


Bagaimana DIA mahu senang memberi jika kita"tidak senang" MEMUJI kebesaran dan keagungannya?
.
.

Alhamdullillah masih berpeluang menambah nilai dan menambah pahala diri.
Saya suka ingatkan diri saya dan orang yang suka diingatkan.

Nora Yusof.
PENULIS
www.formularezeki.com

Wednesday, 3 December 2014

Sedih Dengan Hidup Kita?

Pernah tak dalam hidup kita, kita cuba tengok macam mana Allah susun kehidupan kita? Sahabat kita? Pasangan kita? Tempat kerja kita? Rumah dan jiran kita?

Mulanya, mungkin kita rancang yang lain, tapi Allah berikan yang lain. Ada pernah tengok balik tak? Adakah apa yang Allah beri itu, sebenarnya baik untuk kita?

Tahu tak? Sebenarnya Allah tak gerakkan walau satu pun zarah dalam dunia ini, tanpa sebab?




-------
KISAH TERIMA PM FACEBOOK
-------

Ada satu malam waktu itu di UK, lebih kurang pukul 7 malam, saya sedang belajar. Sedang saya tulis sesuatu, ada bunyi dari telefon saya. "Oh, ada orang mesej di FB" Biasanya saya akan biarkan saja dulu. Sampai saya selesai kerja baru saya cuba jawab.

Tapi waktu itu, saya memang tak sibuk, saya terus tengok. "Assalamualaikum, Sir Asyraf, macam mana nak dapat eBook BAD 2.0?" Rupa - rupanya ada orang nak tanya pasal eBook percuma Insyirah Azhar. ( B.A.D - Bertanya Allah Dulu )

Saya pun sembang sekejap dengan dia.


SAYA : Waalaikumsalam, Cikpuan. Boleh isi nama dan emel di sini

PUAN : Berapa nak kena bayar? Macam mana?

SAYA : Oh, ini percuma saja

PUAN : Isi nama dan maklumat, kemudian dapat?

SAYA : Ye, betul


Saya waktu itu, agak pelik. Orang dah nak beri percuma, tapi macam tak percaya saja. Macam nak bayar pula. Nak tergelak pun ada, tapi saya tunggu saja respon daripada cikpuan tadi.


PUAN : Allahuakbar baiknya!!!

SAYA : Alhamdulillah. Saya ini tukang sampai saja. Yang menulisnya Cikpuan Insyirah Azhar. Doakan untuk dia


Apa yang saya dapat refleksi, memang waktu itu rezeki, cikpuan ini untuk dapatkan ebook BAD 2.0. Memang Allah pilih dia untuk dapatkan. Sebab bagi saya, tak semua orang Allah pilih untuk terdetik mahukan ebook itu. 

Walaupun dah diberi percuma. Dan kalaupun dah dapat, tak semua orang akan mampu untuk habiskan dan hadamkan isinya. Dan walaupun habis, tak semua orang, Allah akan detikkan hatinya untuk beramal dengan apa yang dibaca.

SAYA : Puan, di Malaysia sekarang bukan 2 - 3 pagi ke?

PUAN : Itu lah pasal. Saya pun tak tahu kenapa malam ni saya tak boleh nak lelap. Rupa - rupanya Allah nak jumpakan saya dengan ebook BAD dan dengan Sir Asyraf. Baiknya Allah pada saya....!




Saya sangat tertarik, bila Cikpuan ini, gunakan perkataan, 'Baiknya Allah pada saya'. Waktu itu, saya pun terfikir, "Betul juga. Entah dari mana, hamba Allah ini datang, tiba - tiba malam ini, kami kenal - kenal. Terus hamba Allah ini dapat ilmu BAD 2.0. Memang rezeki dia"

REFLEKSI 

Cuba lihat semula apa yang Allah dah beri pada kita? Apa yang Allah beri, bukan ikut kehendak kita. Cuba fikir, kenapa Allah beri? Sebab dalam cerita atas, Allah buat Cikpuan ini tak boleh tidur.

Dan sebab dia tak boleh tidur, dia terjumpa status FB tentang ebook percuma. Dan Allah mudahkan dia untuk dapat ilmu ini. Anda? Apa yang Allah dah aturkan? 

p/s Jemput SHARE jika bermanfaat. Berminat mahu dapatkan Ebook BAD 2.0?

Friday, 28 November 2014

"Aku Cuma Sekadar Tahu."

"Aduh! Panasnya." keluh Danish sambil mengesat peluh yang semakin berjurai di badannya. 

"Sabar lah, ini lah balasan atas perbuatan kita." Terdengar suara Samad dari jauh yang kelihatannya cuba bersabar dengan bahang yang terik.


***

Ini Danish. Seorang remaja yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bak kata pepatah, seperti menatang minyak yang penuh. Semua kemahuan Danish pantas dipenuhi ibu bapanya. Itulah putera tunggal dalam keluarga mereka. 

Danish ini diberikan ilmu agama supaya menjadi ummah Islam yang dapat membantu masyarakat. Biasa lah. Darah muda. Lebih suka berhibur dengan dunia. Semuanya mahu dicuba. Walaupun sudah ada perisai ilmu agama.

Solatnya selalu tangguh-tangguh. Al-Quran pula dihadapnya seminggu sekali. Pergaulan lelaki wanita tak terjaga. Mulut sering mengeluh. Itu lah Danish. 

***

Danish memejamkan matanya erat-erat. Mungkin dengan harapan ini semuanya mimpi. 

"DANISH!" 

Terdengar satu suara sekuat guruh menjerit nama Danish. Kelihatan ada seorang tua yang berpakaian putih memandang tepat wajahnya. Riak wajahnya sedikit gentar. Dia masih ingat. Pak tua ini lah yang membawanya ke tempat yang luas dan panas ini.

***

10 tahun lepas. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, Danish baru selesai menonton wayang bersama teman wanitanya. Danish terlelap semasa memandu. Kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terseret sejauh 3 meter.

Keretanya remuk teruk. Kelihatan darah mengalir keluar dari pintu kereta Myvi Putih milik Danish. Sangat sadis. Ramai orang berkumpul menghampiri kawasan kemalangan.

Danish membuka matanya dan ternampak pak tua berpakaian putih menarik tangannya dan mereka ghaib. Sedar sahaja, Danish melihat satu padang yang luasnya seluas mata memandang. Ramai orang yang wajahnya murung. Panas sangat!

***

"Maafkan aku pak tua. Aku janji jadi orang baik. Lepaskan aku. Aku panas sangat. Berapa lama lagi perlu aku tempuh azab ini." 

Rayu Danish kepada pak tua itu. Air matanya mula mengalir. Pak tua masih merenung tajam mata Danish.

"Kenapa aku jadi begini? Sesungguhnya aku tahu. Aku kena solat awal waktu. Baca al-Quran setiap hari. Jaga batas pergaulan. Sentiasa berzikir. Tapi, aku tak boleh nak melawan nafsu. KENAPA?"

Danish mula menangis deras. Menghentak kedua tangannya ke atas tanah yang gersang. 

Suara Danish yang agak keras menarik perhatian beberapa pemuda yang berhampiran. Mereka mendekati Danish dan Pak tua.

"Wahai Danish bin Abdul Rahman,

BETUL! Kau tahu bahawa solat awal waktu kewajipan. Tapi, kau lalai dan lewatkan.

BETUL! Kau tahu bahawa al-Quran adalah pembela akhirat mu. Tapi, kau abaikan.

BETUL! Kau tahu bahawa zikir itu penerang kubur mu. Tapi, kau lebih gemar mencaci dan mengeluh.

BETUL! Kau tahu zina itu haram. Tapi, kau lebih suka melebihi batas dalam pergaulanmu. 

Sedarlah kau Danish, KAU CUMA SEKADAR TAHU. 

Semua orang tahu tapi berapa orang yang ambil berat dan mengamalkan apa yang mereka tahu.

 Sedarlah kau Danish, ILMU YANG TDAK DIAMAL UMPAMA POKOK TIDAK BERBUAH.

Kau ada ilmu. Tapi, kau buat tak tahu. Kau tak endahkan.

Sedarlah kau Danish, ORANG BERDOSA MENGANGGAP DOSANYA IBARAT LALAT. APABILA KAU TUNJUK ISYARAT TANGAN, IA LARI.

Jadilah, orang yang mukmin. Setiap dosa ibarat gunung besar yang akan menghempap dirinya kelak.

Aku tiada apa kuasa. Aku hanya makhluk Allah. Penyampai ilmu yang diturunkan kepadaku sekian lama."

Pufff! Pak tua menghilang. Danish masih dalam keadaan terkesima. Tersandar di batang pokok yang mereput.

Danish terus berada di padang luas dan panas sehingga tiba waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Wednesday, 26 November 2014

Terkejut Jumpa Emas Dalam Mangkuk Tandas!


Hari ini macam biasa. Datang kolej, dengan muka masam, tak ada mood. Tadi dah scroll facebook. Macam - macam berita ada. Macam - macam kerenah manusia ada dalam facebook. Ada orang nak berlagak baik ;


"Alhamdulillah, hari ini hujan, Rahmat! Rahmat!" 

"Hari ini, saya makan Mee Bandung Muar! Sedapppp.."

"Istighfarlah 100x sehari. Mesti masuk rezeki!"


Dalam hati tengok rasa macam menyampah pun ada. Kalau setakat nak tulis benda baik, tak payahlah di facebook. Setakat doa atas sejadah cukuplah. Oh, manusia semua mahu perhatian, sedih! Tiba - tiba..


"Kenapa kamu buruk sangka pada orang?"

Soalan itu tiba - tiba terkeluar daripada kepala. Kelas yang datang hari itu, semua rasa macam serba tak kena. Semua tak masuk dalam kepala. Hati dah mula cuak. Buat itu, tak menjadi. Rasa macam nak marah - marah. Orang tegur sikit, nak melenting. Tengok orang lain gembira, rasa cemburu.


"Ohhh, sudah! Dah kenapa ni?"

Sebab dah tak puas hati. Terus balik bilik. Campak semua beg dan buku, terus selongkar almari. Cari - cari terus, tak jumpa. Tengok pula di ruang kawan, dan akhirnya jumpa. Berus dan sabun!

Monday, 24 November 2014

Apa yang Menghalang Kamu?


                                    Jalan yang dihalangi kayu balak.

Dalam hidup kita ini, sudah ditentukan berapa lama kita hidup ini. Secara purata, seorang manusia itu hidup sehingga umur 63 tahun.

Dalam masa itulah kita boleh pilih sama ada mahu hidup penuh dengan kesedihan dan keterbatasan, atau kemakmuran lagi bahagia sepuas-puasnya.

Apa yang kita mahu buat dengan hidup (masa) kita terpulang kepada diri sendiri. Diri sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghabiskan masa di mana, dengan siapa dan buat apa.

Kenapa tidak habiskan masa pada perkara-perkara yang amat bermanfaat di dunia lagi di akhirat?

Kenapa ada sesetengah umat Islam sanggup mengutamakan hiburan daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim?

Kerana sesetengah orang tidak sanggup menghadapi realiti sebab dia percaya yang realiti itu menyakitkan yakni hidup di dunia ini susah.

Oleh sebab itu, dia sanggup mengutamakan hiburan agar kesakitan itu dapat dilupakan walaupun seketika.

Masalahnya:

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kita percaya hidup di dunia ini susah, maka itulah realitinya. Juga, sebaliknya.

Kenapa habiskan masa kita percaya perkara-perkara yang mengarut?

Andai kita mahukan sesuatu itu, sebenarnya sesuatu itu juga berhajat kepada kita.

Jadi, kenapa yang kita hajati tidak datang dalam hidup kita?

Sebab, ada sesuatu yang menghalang daripada 'dia' datang kepada kita.

Yang menghalang kita dipanggil kepercayan terhad.

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kepercayan Terhad Adalah Parasit Halus


Bagaimana untuk kita hapuskan halangan tersebut?

Fokus seluruh tenaga, fikiran, emosi, TINDAKAN dan jiwa raga kita kepada apa yang kita mahu dan hendak capai.

Bayangkan yang kita sebenarnya sudah dapat apa yang kita nak. Lebih penting lagi, rasai ia dengan penuh perasa sebagaimana ia sudah menjadi realiti.

Itulah kuncinya.

Kesedaran Diri


Apa yang kita beri kepada Allah?

Sudah banyak jasa Allah berikan kepada kita. Tidak terkira sekiranya kita mahu kira. Memang terlampau banyak. Kiraannya melebihi kemampuan manusia.

Jadi, apa pula jasa kita kepada Allah?

Kita minta, minta dan minta. 

Tetapi, pernahkah kita: Beri, beri dan beri jasa kita kepada Allah?

Apa salahnya kalau kita istighfar 300x sehari dan selawat 300x sehari hanya kerana Allah.

Susah sangatkah?

Jasa Allah, tidak terkira nikmatnya. Jasa kita kepada Allah, pejam mata pun boleh tahu berapa banyak.

Kesimpulannya: Buat perkara yang Allah betul-betul suka.

Sunday, 23 November 2014

Anak Amanah Dari Allah. Pertahan Atau Biarkan?

Setiap ibu bapa mahu anaknya pintar seperti Nabi Daud AS dan akhlak semulia Nabi Muhammad SAW. Bonus tambahan, segak ibarat Nabi Yusuf AS.

Namun, jangan lupa bahawa anak-anak juga adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi.

Ini tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan pendidikan dan peluang kepada anak-anak. Beri peluang kepada anak-anak untuk timba ilmu agama dan tambah pengalaman dunia. 




KISAH CIKGU MARLIANA


Cikgu Marliana. Seorang guru matematik sekolah di Kelantan yang mempunyai anak lelaki. Qayyum namanya. Sedap namanya seiring dengan segaknya rupa.

Anak yang baik dan soleh. Namun, apabila menerjah ke Fasa Remaja saat usianya 13 tahun. Qayyum mula berubah. Suka sangat memberontak dan lawan cakap ibunya, Cikgu Marliana. Kadang-kadang, solat perlu dipaksa. Ponteng kelas mengaji.

Cikgu Marliana binggung. Mula memikirkan masa depan anaknya, Qayyum. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dah banyak ikhtiar yang Cikgu Marliana usahakan, air penawar, bawa jumpa alim ulama, beli kismis, beli kurma, beli air zam zam.

Kerunsingan Cikgu Marliana terbawa-bawa sampai ke pejabat. Kawan baiknya, Ustazah Siti sedar akan perubahan pada Cikgu Marliana. Ye la, Cikgu Marliana ini ceria orangnya dan suka berceloteh. Kalau diam, mesti sakit atau ada masalah. 

Setelah didesak oleh Ustazah Siti, Cikgu Marliana pun menceritakan tentang masalah anaknya, Qayyum..... Sampai sebak hati. Ustazah Siti, sebagai kawan baik dan penasihat 25% mencadangkan kepada Cikgu Marliana satu penyelesaian mudah. 

Ustazah Siti menasihati Cikgu Marliana supaya bimbing Qayyum dengan perkara asas seperti solat dan baca Quran. Ya, ilmu sangat penting. Ilmu ibarat air yang membasuh kotoran yang melekat. Ilmu juga menyucikan hati dan titik hitam.

Tersedar Cikgu Marliana. Selama ini, beliau sangat sibuk sebagai seorang guru. Beliau juga kurang mahir bab ini. Malam itu, usai Solat Maghrib. Terus meriba Laptop Asus dan membuka Facebook untuk bertanya lebih lanjut dengan Ustazah Siti.


ALHAMDULILLAH


Tup tup tup... Cikgu Marliana ternampak satu pemberitahuan " Kem Little Khalifah 2014 ". Pengisian sangat bagus. Terperinci dan sangat halus berlandaskan Syariah Agama.

Cikgu Marliana sangat tertarik dengan Akronim K.A.R.I yang membawa maksud:

- Kalamullah (Al-Quran)
- Akhlak (Sahsiah diri)
- Rasulullah (Sunnah)
- Ibadah (Pengabdian diri kepada Allah)

Memang tepat seperti yang Ustazah Siti beritahu beliau pagi tadi. Tarikh pula memang ngam-ngam. Waktu cuti sekolah. Dan yuran sangat murah.

Alhamdulillah, insya Allah. Qayyum boleh berubah dengan ilmu dan kawan soleh yang bakal beliau dapat. Masa Qayyum juga tidak terbuang. Digunakan dengan sebaiknya untuk menjadi anak yang lebih baik. 

Cikgu Marliana juga berpesan kepada Ibu-Ibu di luar sana. Mungkin ini pilihan terbaik untuk anak menjadi lebih baik.

Semua maklumat ada di sini. (KLIK GAMBAR.)

Insya Allah. Pelaburan akhirat tak pernah rugi. Beri peluang kepada diri untuk bantu anak-anak menjadi ummah yang berjuang untuk Islam.


Friday, 21 November 2014

Kisah Pak Cik Dapat RM10 Ribu -- Ketatkan Kru Sahaja.


“ ALLAH mengangkat beberapa darjat orang – orang yang beriman dan orang – orang yang diberi ilmu pengetahuan.” ( Al – Mujadalah: 11 )
Sebuah enjin kapal telah rosak. Sudah seminggu kapal saudagar yang kaya raya tidak dapat meneruskan pelayaran. 
Pemilik kapal tersebut telah memanggil beberapa orang pakar untuk membaiki kerosakan, tetapi selepas seorang demi seorang pakar cuba membaik pulih enjin kapal itu, ternyata tidak ada seorang pun yang boleh membaiki enjin kapal itu sehingga pulih seperti biasa.

Wednesday, 19 November 2014

Kisah Seorang Ibu Yang "BODOH"


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 


Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. 

Tuesday, 18 November 2014