
Hari ini macam biasa. Datang kolej, dengan muka masam, tak ada mood. Tadi dah scroll facebook. Macam - macam berita ada. Macam - macam kerenah manusia ada dalam facebook. Ada orang nak berlagak baik ;
"Alhamdulillah, hari ini hujan, Rahmat! Rahmat!"
"Hari ini, saya makan Mee Bandung Muar! Sedapppp.."
"Istighfarlah 100x sehari. Mesti masuk rezeki!"
Dalam hati tengok rasa macam menyampah pun ada. Kalau setakat nak tulis benda baik, tak payahlah di facebook. Setakat doa atas sejadah cukuplah. Oh, manusia semua mahu perhatian, sedih! Tiba - tiba..
"Kenapa kamu buruk sangka pada orang?"
Soalan itu tiba - tiba terkeluar daripada kepala. Kelas yang datang hari itu, semua rasa macam serba tak kena. Semua tak masuk dalam kepala. Hati dah mula cuak. Buat itu, tak menjadi. Rasa macam nak marah - marah. Orang tegur sikit, nak melenting. Tengok orang lain gembira, rasa cemburu.
"Ohhh, sudah! Dah kenapa ni?"
Sebab dah tak puas hati. Terus balik bilik. Campak semua beg dan buku, terus selongkar almari. Cari - cari terus, tak jumpa. Tengok pula di ruang kawan, dan akhirnya jumpa. Berus dan sabun!
Jalan dah makin laju, tak tunggu dan tak toleh sesiapa. Ada yang tegur buat tak tahu saja. Akhirnya sampai di ruang tandas pelajar. Mata melilau tengok sekeliling - lengang tiada orang. "Ok, boleh mula projek!"
Sabun terus dicurah atas lantai sikit - sikit. Mulalah sesi berus lantai itu perlahan - lahan. Masa mula menggosok lepas 5 minit rasa malas. Mula macam nak terduduk sekejap. Tiba - tiba menyesal bila niat nak bersihkan tandas.
"Gosok! Kalau kamu nak tahu kenapa kamu buruk sangka, gosok lantai tu!"
Berus dicapai, dan mula gosok lagi. Ada satu kotoran hitam tu, dah sental 5 kali dah tak mahu hilang. Letih pun ada. "Kenapa aku kena buat benda ni?" Gosoklah lagi, cuba dan cuba. Tak mahu tanggal. "Ahh, tak payahlah! Bukan orang tengok pun!"
"Gosok sampai bersih! Dah mula, habiskan!"
Hati dah mula rasa nak membara ni. Suara kecil dalam kepala makin buat sakit hati. Bukan tak gosok, dah gosok, masalahnya tak hilang! Cubalah faham. Orang dah nak bersihkan tandas ikhlas ini, itu pun dah kira baiklah tu.
"Ikhlas apa? Tu benda kotor tu, masuk dalam tong sampah!"
Takkanlah. Benda tu tak tau pun apa. Geli kot, nak masuk dalam tong sampah. Dah, dah cukup. Rasanya tak perlu nak buat lagi ni. Lepas dah gosok ini semua cukup nak balik. Ala kadar pun dah baguslah.
"Tak kira, tu, gosok tu lagi! Gosok!"
Ohh, cukuplah. Letih! Berpeluh! Bukan orang nampak! Buang masa! Baik, buat tugasan pensyarah bagi tadi. Takkanlah nak gosok mangkuk tandas tu? Dah gila? Cuba tengok. Macam - macam ada dalam tu. Nak termuntah. Nak pandang pun jijik. Tak naklah. Dah cukup. Projek sental bilik air, sampai sini saja. Cukup suara hati, kau tak boleh kawal aku lagi.
"Ayah kau kat rumah bersihkan bilik air kau tak fikir?"
"Waktu kau dengan adik - adik, malas nak bersihkan bilik air tak fikir? Dia dah suruh berkali - kali dah."
"Akhirnya, dia ambil berus, dia gosok"
"Kau rasa letih? Malas? Tak ada orang tengok?"
"Dah tu, dia buat tu? Waktu malam, lepas semua dah tidur? Lepas dia dah penat balik kerja, dia gosok tandas tu? Kau tak fikir?"
"Dia tak marah pun kau tak ikut. Padahal dah 11 kali dia ingatkan. Akhirnya dia gosok juga untuk kamu dan adik kamu."
"Dia mahu tandas itu bersih, untuk kamu dan adik kamu"
Ahhh, sudah. Terduduk. Mata sayu je tengok berus dan sabun. Mata mula dah berair. Memang tak pernah terfikir pula pasal ayah yang bersihkan tandas tu. Aduhhh, rasa nak nangis. Oh, tahan, tahan..
"Kamu buruk sangka sebab EGO"
"Kamu rasa kamu mulia, kamu ingat kamu hebat"
"Oh, lupakah asal kamu?"
"Yang kamu pandang jijik itu, datang dari kamu. Lupa?"
"Kamu pun asal dari air yang orang jijik. Ohh, kamu.."
Ok, cukup! Sudah lah tu. Mata dah berair, meleleh laju ini. Apa lagi yang kamu mahu? Tak puas hati lagi ke? Ohh, cukup. Dah, dah.. Dah faham apa yang mahu disampaikan.
"Betul kamu menangis?"
"Atau hati kamu keras sangat? Ibarat haiwan ternakan. Ada mata tak nak nangis. Ada telinga tak nak dengar nasihat. Ada hati tak nak lihat MANGKUK TANDAS itu dengan HATI?"
Betapa Allah Maha Mulia, tak sangka boleh terkejut jumpa 'didikan hati' bernilai EMAS dalam mangkuk tandas. Bila Allah mahu tunjuk, manusia sentiasa bawa najis ke hulu ke hilir. Dan mangkuk tandas ini jadi saksi hinanya manusia.
Kadang manusia pandang rendah pada orang lain, sebab ego. Sebab itu, ambil berus dan sental tandas. Tengok sejauh mana ego boleh disujud ke bumi. Masa sental tandas, dalam hati ingat Dia. Bayang bila susah sental kotoran yang lekat, macam itu juga susah nak sental ego.
Akan hilang ke kotoran tu? Ya, lambat laun hilang juga.
Macam itulah juga ego. Lambat laun hilang juga.
"Terima kasih Ayah. Sebab pernah hantar aku pergi Program Ilmu. Paling tidak hati aku terbentuk di situ. Hati aku disentuh di situ.
Paling tidak, kalau pun aku memberontak tak mahu pergi, akhirnya hari ini, aku sedar. Untuk menjadi manusia aku mesti sedar aku ini hina. Terima kasih sebab pernah hantar Abang pergi Kem Little Khalifah. Paling tidak, Abang ingat balik nak cari Allah."
NOTA : Jemput BERITAHU kepada 1 Sahabat Baik Anda. Mungkin mereka sangat memerlukan Kem seperti ini. Dan anda sudah jadi penyelamatnya. Mula bertindak bantu sahabat anda sekarang.. Senyum!
![]() |
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut. |
0 comments:
Post a Comment