Al-KISAH
Hacking The Soul menerbitkan artikel mengenai kisah motivasi dan kisah inspirasi. Blog ini mahu membantu ummah dengan membekalkan cerita yang dapat menjernihkan hati dan menambahkan semangat cinta kepada Sang Pencipta.INSPIRASI JENAMA
Bagaimana "Hacking The Soul" Tercetus?Inspirasi terbit apabila kreativiti mula melimpah ruah. Kononnya, mahu menggabungkan 2 perkataan berbeza dimensi.
Hacking - Dimensi teknologi yang deras seiring dengan zaman yang semakin ke hadapan.
The Soul - Sebuah entiti yang sentiasa wujud dalam diri kita. Tapi, entiti ini yang menentukan perwatakan diri kita.

SOLUSI
Hari ini, kami lihat apabila kita selak akhbar, kita tonton televisyen, kita skrol fesbuk. Rata-rata adalah berita negatif.
Kami datang dengan solusi untuk berikan cerita dan kisah positif untuk tatapan umum. Perkara positif dapat bersihkan jiwa dan minda.
Apabila kita positif, kita akan menjadi magnet yang menarik perkara positif melekat dalam diri kita seharian. Be positive. Lets we hack your soul.
PERANCANGAN
Setelah bertanya Allah, beberapa perancangan telah kami simpulkan. Dengan harapan, dapat menambah kualiti dalam diri pembaca.
- Blog akan terbitkan minimum 3 artikel. (Isnin, Rabu, Jumaat)
- 1 e-book percuma akan diberikan kepada pembaca setiap 2 minggu.
- 1 e-majalah akan diterbitkan setiap bulan.
Kami pohon doa dari anda untuk menjayakan aktiviti kami ini untuk membantu ummah terutamanya. Kita bersihkan jiwa. Kuatkan iman. Tambahkan amalan.
0 comments:
Post a Comment