Monday, 24 November 2014

Apa yang Menghalang Kamu?


                                    Jalan yang dihalangi kayu balak.

Dalam hidup kita ini, sudah ditentukan berapa lama kita hidup ini. Secara purata, seorang manusia itu hidup sehingga umur 63 tahun.

Dalam masa itulah kita boleh pilih sama ada mahu hidup penuh dengan kesedihan dan keterbatasan, atau kemakmuran lagi bahagia sepuas-puasnya.

Apa yang kita mahu buat dengan hidup (masa) kita terpulang kepada diri sendiri. Diri sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghabiskan masa di mana, dengan siapa dan buat apa.

Kenapa tidak habiskan masa pada perkara-perkara yang amat bermanfaat di dunia lagi di akhirat?

Kenapa ada sesetengah umat Islam sanggup mengutamakan hiburan daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim?

Kerana sesetengah orang tidak sanggup menghadapi realiti sebab dia percaya yang realiti itu menyakitkan yakni hidup di dunia ini susah.

Oleh sebab itu, dia sanggup mengutamakan hiburan agar kesakitan itu dapat dilupakan walaupun seketika.

Masalahnya:

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kita percaya hidup di dunia ini susah, maka itulah realitinya. Juga, sebaliknya.

Kenapa habiskan masa kita percaya perkara-perkara yang mengarut?

Andai kita mahukan sesuatu itu, sebenarnya sesuatu itu juga berhajat kepada kita.

Jadi, kenapa yang kita hajati tidak datang dalam hidup kita?

Sebab, ada sesuatu yang menghalang daripada 'dia' datang kepada kita.

Yang menghalang kita dipanggil kepercayan terhad.

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kepercayan Terhad Adalah Parasit Halus


Bagaimana untuk kita hapuskan halangan tersebut?

Fokus seluruh tenaga, fikiran, emosi, TINDAKAN dan jiwa raga kita kepada apa yang kita mahu dan hendak capai.

Bayangkan yang kita sebenarnya sudah dapat apa yang kita nak. Lebih penting lagi, rasai ia dengan penuh perasa sebagaimana ia sudah menjadi realiti.

Itulah kuncinya.

Kesedaran Diri


Apa yang kita beri kepada Allah?

Sudah banyak jasa Allah berikan kepada kita. Tidak terkira sekiranya kita mahu kira. Memang terlampau banyak. Kiraannya melebihi kemampuan manusia.

Jadi, apa pula jasa kita kepada Allah?

Kita minta, minta dan minta. 

Tetapi, pernahkah kita: Beri, beri dan beri jasa kita kepada Allah?

Apa salahnya kalau kita istighfar 300x sehari dan selawat 300x sehari hanya kerana Allah.

Susah sangatkah?

Jasa Allah, tidak terkira nikmatnya. Jasa kita kepada Allah, pejam mata pun boleh tahu berapa banyak.

Kesimpulannya: Buat perkara yang Allah betul-betul suka.

Related Posts:

3 comments:

  1. Nice entry...menginsafkan.
    Nice blog too...nnt buatkan SEO for my new blog yea...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Insya-Allah akak. :)

      Saya doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga.

      Delete