"Sabar lah, ini lah balasan atas perbuatan kita." Terdengar suara Samad dari jauh yang kelihatannya cuba bersabar dengan bahang yang terik.
***
Ini Danish. Seorang remaja yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bak kata pepatah, seperti menatang minyak yang penuh. Semua kemahuan Danish pantas dipenuhi ibu bapanya. Itulah putera tunggal dalam keluarga mereka.
Danish ini diberikan ilmu agama supaya menjadi ummah Islam yang dapat membantu masyarakat. Biasa lah. Darah muda. Lebih suka berhibur dengan dunia. Semuanya mahu dicuba. Walaupun sudah ada perisai ilmu agama.
Solatnya selalu tangguh-tangguh. Al-Quran pula dihadapnya seminggu sekali. Pergaulan lelaki wanita tak terjaga. Mulut sering mengeluh. Itu lah Danish.
***
Danish memejamkan matanya erat-erat. Mungkin dengan harapan ini semuanya mimpi.
"DANISH!"
Terdengar satu suara sekuat guruh menjerit nama Danish. Kelihatan ada seorang tua yang berpakaian putih memandang tepat wajahnya. Riak wajahnya sedikit gentar. Dia masih ingat. Pak tua ini lah yang membawanya ke tempat yang luas dan panas ini.
***
10 tahun lepas. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, Danish baru selesai menonton wayang bersama teman wanitanya. Danish terlelap semasa memandu. Kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terseret sejauh 3 meter.
Keretanya remuk teruk. Kelihatan darah mengalir keluar dari pintu kereta Myvi Putih milik Danish. Sangat sadis. Ramai orang berkumpul menghampiri kawasan kemalangan.
Danish membuka matanya dan ternampak pak tua berpakaian putih menarik tangannya dan mereka ghaib. Sedar sahaja, Danish melihat satu padang yang luasnya seluas mata memandang. Ramai orang yang wajahnya murung. Panas sangat!
***
"Maafkan aku pak tua. Aku janji jadi orang baik. Lepaskan aku. Aku panas sangat. Berapa lama lagi perlu aku tempuh azab ini."
Rayu Danish kepada pak tua itu. Air matanya mula mengalir. Pak tua masih merenung tajam mata Danish.
"Kenapa aku jadi begini? Sesungguhnya aku tahu. Aku kena solat awal waktu. Baca al-Quran setiap hari. Jaga batas pergaulan. Sentiasa berzikir. Tapi, aku tak boleh nak melawan nafsu. KENAPA?"
Danish mula menangis deras. Menghentak kedua tangannya ke atas tanah yang gersang.
Suara Danish yang agak keras menarik perhatian beberapa pemuda yang berhampiran. Mereka mendekati Danish dan Pak tua.
"Wahai Danish bin Abdul Rahman,
BETUL! Kau tahu bahawa solat awal waktu kewajipan. Tapi, kau lalai dan lewatkan.
BETUL! Kau tahu bahawa al-Quran adalah pembela akhirat mu. Tapi, kau abaikan.
BETUL! Kau tahu bahawa zikir itu penerang kubur mu. Tapi, kau lebih gemar mencaci dan mengeluh.
BETUL! Kau tahu zina itu haram. Tapi, kau lebih suka melebihi batas dalam pergaulanmu.
Sedarlah kau Danish, KAU CUMA SEKADAR TAHU.
Semua orang tahu tapi berapa orang yang ambil berat dan mengamalkan apa yang mereka tahu.
Sedarlah kau Danish, ILMU YANG TDAK DIAMAL UMPAMA POKOK TIDAK BERBUAH.
Kau ada ilmu. Tapi, kau buat tak tahu. Kau tak endahkan.
Sedarlah kau Danish, ORANG BERDOSA MENGANGGAP DOSANYA IBARAT LALAT. APABILA KAU TUNJUK ISYARAT TANGAN, IA LARI.
Jadilah, orang yang mukmin. Setiap dosa ibarat gunung besar yang akan menghempap dirinya kelak.
Aku tiada apa kuasa. Aku hanya makhluk Allah. Penyampai ilmu yang diturunkan kepadaku sekian lama."
Pufff! Pak tua menghilang. Danish masih dalam keadaan terkesima. Tersandar di batang pokok yang mereput.
Danish terus berada di padang luas dan panas sehingga tiba waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta.
0 comments:
Post a Comment