Friday, 28 November 2014

"Aku Cuma Sekadar Tahu."

"Aduh! Panasnya." keluh Danish sambil mengesat peluh yang semakin berjurai di badannya. 

"Sabar lah, ini lah balasan atas perbuatan kita." Terdengar suara Samad dari jauh yang kelihatannya cuba bersabar dengan bahang yang terik.


***

Ini Danish. Seorang remaja yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bak kata pepatah, seperti menatang minyak yang penuh. Semua kemahuan Danish pantas dipenuhi ibu bapanya. Itulah putera tunggal dalam keluarga mereka. 

Danish ini diberikan ilmu agama supaya menjadi ummah Islam yang dapat membantu masyarakat. Biasa lah. Darah muda. Lebih suka berhibur dengan dunia. Semuanya mahu dicuba. Walaupun sudah ada perisai ilmu agama.

Solatnya selalu tangguh-tangguh. Al-Quran pula dihadapnya seminggu sekali. Pergaulan lelaki wanita tak terjaga. Mulut sering mengeluh. Itu lah Danish. 

***

Danish memejamkan matanya erat-erat. Mungkin dengan harapan ini semuanya mimpi. 

"DANISH!" 

Terdengar satu suara sekuat guruh menjerit nama Danish. Kelihatan ada seorang tua yang berpakaian putih memandang tepat wajahnya. Riak wajahnya sedikit gentar. Dia masih ingat. Pak tua ini lah yang membawanya ke tempat yang luas dan panas ini.

***

10 tahun lepas. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, Danish baru selesai menonton wayang bersama teman wanitanya. Danish terlelap semasa memandu. Kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terseret sejauh 3 meter.

Keretanya remuk teruk. Kelihatan darah mengalir keluar dari pintu kereta Myvi Putih milik Danish. Sangat sadis. Ramai orang berkumpul menghampiri kawasan kemalangan.

Danish membuka matanya dan ternampak pak tua berpakaian putih menarik tangannya dan mereka ghaib. Sedar sahaja, Danish melihat satu padang yang luasnya seluas mata memandang. Ramai orang yang wajahnya murung. Panas sangat!

***

"Maafkan aku pak tua. Aku janji jadi orang baik. Lepaskan aku. Aku panas sangat. Berapa lama lagi perlu aku tempuh azab ini." 

Rayu Danish kepada pak tua itu. Air matanya mula mengalir. Pak tua masih merenung tajam mata Danish.

"Kenapa aku jadi begini? Sesungguhnya aku tahu. Aku kena solat awal waktu. Baca al-Quran setiap hari. Jaga batas pergaulan. Sentiasa berzikir. Tapi, aku tak boleh nak melawan nafsu. KENAPA?"

Danish mula menangis deras. Menghentak kedua tangannya ke atas tanah yang gersang. 

Suara Danish yang agak keras menarik perhatian beberapa pemuda yang berhampiran. Mereka mendekati Danish dan Pak tua.

"Wahai Danish bin Abdul Rahman,

BETUL! Kau tahu bahawa solat awal waktu kewajipan. Tapi, kau lalai dan lewatkan.

BETUL! Kau tahu bahawa al-Quran adalah pembela akhirat mu. Tapi, kau abaikan.

BETUL! Kau tahu bahawa zikir itu penerang kubur mu. Tapi, kau lebih gemar mencaci dan mengeluh.

BETUL! Kau tahu zina itu haram. Tapi, kau lebih suka melebihi batas dalam pergaulanmu. 

Sedarlah kau Danish, KAU CUMA SEKADAR TAHU. 

Semua orang tahu tapi berapa orang yang ambil berat dan mengamalkan apa yang mereka tahu.

 Sedarlah kau Danish, ILMU YANG TDAK DIAMAL UMPAMA POKOK TIDAK BERBUAH.

Kau ada ilmu. Tapi, kau buat tak tahu. Kau tak endahkan.

Sedarlah kau Danish, ORANG BERDOSA MENGANGGAP DOSANYA IBARAT LALAT. APABILA KAU TUNJUK ISYARAT TANGAN, IA LARI.

Jadilah, orang yang mukmin. Setiap dosa ibarat gunung besar yang akan menghempap dirinya kelak.

Aku tiada apa kuasa. Aku hanya makhluk Allah. Penyampai ilmu yang diturunkan kepadaku sekian lama."

Pufff! Pak tua menghilang. Danish masih dalam keadaan terkesima. Tersandar di batang pokok yang mereput.

Danish terus berada di padang luas dan panas sehingga tiba waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Wednesday, 26 November 2014

Terkejut Jumpa Emas Dalam Mangkuk Tandas!


Hari ini macam biasa. Datang kolej, dengan muka masam, tak ada mood. Tadi dah scroll facebook. Macam - macam berita ada. Macam - macam kerenah manusia ada dalam facebook. Ada orang nak berlagak baik ;


"Alhamdulillah, hari ini hujan, Rahmat! Rahmat!" 

"Hari ini, saya makan Mee Bandung Muar! Sedapppp.."

"Istighfarlah 100x sehari. Mesti masuk rezeki!"


Dalam hati tengok rasa macam menyampah pun ada. Kalau setakat nak tulis benda baik, tak payahlah di facebook. Setakat doa atas sejadah cukuplah. Oh, manusia semua mahu perhatian, sedih! Tiba - tiba..


"Kenapa kamu buruk sangka pada orang?"

Soalan itu tiba - tiba terkeluar daripada kepala. Kelas yang datang hari itu, semua rasa macam serba tak kena. Semua tak masuk dalam kepala. Hati dah mula cuak. Buat itu, tak menjadi. Rasa macam nak marah - marah. Orang tegur sikit, nak melenting. Tengok orang lain gembira, rasa cemburu.


"Ohhh, sudah! Dah kenapa ni?"

Sebab dah tak puas hati. Terus balik bilik. Campak semua beg dan buku, terus selongkar almari. Cari - cari terus, tak jumpa. Tengok pula di ruang kawan, dan akhirnya jumpa. Berus dan sabun!

Monday, 24 November 2014

Apa yang Menghalang Kamu?


                                    Jalan yang dihalangi kayu balak.

Dalam hidup kita ini, sudah ditentukan berapa lama kita hidup ini. Secara purata, seorang manusia itu hidup sehingga umur 63 tahun.

Dalam masa itulah kita boleh pilih sama ada mahu hidup penuh dengan kesedihan dan keterbatasan, atau kemakmuran lagi bahagia sepuas-puasnya.

Apa yang kita mahu buat dengan hidup (masa) kita terpulang kepada diri sendiri. Diri sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghabiskan masa di mana, dengan siapa dan buat apa.

Kenapa tidak habiskan masa pada perkara-perkara yang amat bermanfaat di dunia lagi di akhirat?

Kenapa ada sesetengah umat Islam sanggup mengutamakan hiburan daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim?

Kerana sesetengah orang tidak sanggup menghadapi realiti sebab dia percaya yang realiti itu menyakitkan yakni hidup di dunia ini susah.

Oleh sebab itu, dia sanggup mengutamakan hiburan agar kesakitan itu dapat dilupakan walaupun seketika.

Masalahnya:

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kita percaya hidup di dunia ini susah, maka itulah realitinya. Juga, sebaliknya.

Kenapa habiskan masa kita percaya perkara-perkara yang mengarut?

Andai kita mahukan sesuatu itu, sebenarnya sesuatu itu juga berhajat kepada kita.

Jadi, kenapa yang kita hajati tidak datang dalam hidup kita?

Sebab, ada sesuatu yang menghalang daripada 'dia' datang kepada kita.

Yang menghalang kita dipanggil kepercayan terhad.

"Apa yang kita percaya betul, itulah realiti."

Kepercayan Terhad Adalah Parasit Halus


Bagaimana untuk kita hapuskan halangan tersebut?

Fokus seluruh tenaga, fikiran, emosi, TINDAKAN dan jiwa raga kita kepada apa yang kita mahu dan hendak capai.

Bayangkan yang kita sebenarnya sudah dapat apa yang kita nak. Lebih penting lagi, rasai ia dengan penuh perasa sebagaimana ia sudah menjadi realiti.

Itulah kuncinya.

Kesedaran Diri


Apa yang kita beri kepada Allah?

Sudah banyak jasa Allah berikan kepada kita. Tidak terkira sekiranya kita mahu kira. Memang terlampau banyak. Kiraannya melebihi kemampuan manusia.

Jadi, apa pula jasa kita kepada Allah?

Kita minta, minta dan minta. 

Tetapi, pernahkah kita: Beri, beri dan beri jasa kita kepada Allah?

Apa salahnya kalau kita istighfar 300x sehari dan selawat 300x sehari hanya kerana Allah.

Susah sangatkah?

Jasa Allah, tidak terkira nikmatnya. Jasa kita kepada Allah, pejam mata pun boleh tahu berapa banyak.

Kesimpulannya: Buat perkara yang Allah betul-betul suka.

Sunday, 23 November 2014

Anak Amanah Dari Allah. Pertahan Atau Biarkan?

Setiap ibu bapa mahu anaknya pintar seperti Nabi Daud AS dan akhlak semulia Nabi Muhammad SAW. Bonus tambahan, segak ibarat Nabi Yusuf AS.

Namun, jangan lupa bahawa anak-anak juga adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi.

Ini tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan pendidikan dan peluang kepada anak-anak. Beri peluang kepada anak-anak untuk timba ilmu agama dan tambah pengalaman dunia. 




KISAH CIKGU MARLIANA


Cikgu Marliana. Seorang guru matematik sekolah di Kelantan yang mempunyai anak lelaki. Qayyum namanya. Sedap namanya seiring dengan segaknya rupa.

Anak yang baik dan soleh. Namun, apabila menerjah ke Fasa Remaja saat usianya 13 tahun. Qayyum mula berubah. Suka sangat memberontak dan lawan cakap ibunya, Cikgu Marliana. Kadang-kadang, solat perlu dipaksa. Ponteng kelas mengaji.

Cikgu Marliana binggung. Mula memikirkan masa depan anaknya, Qayyum. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dah banyak ikhtiar yang Cikgu Marliana usahakan, air penawar, bawa jumpa alim ulama, beli kismis, beli kurma, beli air zam zam.

Kerunsingan Cikgu Marliana terbawa-bawa sampai ke pejabat. Kawan baiknya, Ustazah Siti sedar akan perubahan pada Cikgu Marliana. Ye la, Cikgu Marliana ini ceria orangnya dan suka berceloteh. Kalau diam, mesti sakit atau ada masalah. 

Setelah didesak oleh Ustazah Siti, Cikgu Marliana pun menceritakan tentang masalah anaknya, Qayyum..... Sampai sebak hati. Ustazah Siti, sebagai kawan baik dan penasihat 25% mencadangkan kepada Cikgu Marliana satu penyelesaian mudah. 

Ustazah Siti menasihati Cikgu Marliana supaya bimbing Qayyum dengan perkara asas seperti solat dan baca Quran. Ya, ilmu sangat penting. Ilmu ibarat air yang membasuh kotoran yang melekat. Ilmu juga menyucikan hati dan titik hitam.

Tersedar Cikgu Marliana. Selama ini, beliau sangat sibuk sebagai seorang guru. Beliau juga kurang mahir bab ini. Malam itu, usai Solat Maghrib. Terus meriba Laptop Asus dan membuka Facebook untuk bertanya lebih lanjut dengan Ustazah Siti.


ALHAMDULILLAH


Tup tup tup... Cikgu Marliana ternampak satu pemberitahuan " Kem Little Khalifah 2014 ". Pengisian sangat bagus. Terperinci dan sangat halus berlandaskan Syariah Agama.

Cikgu Marliana sangat tertarik dengan Akronim K.A.R.I yang membawa maksud:

- Kalamullah (Al-Quran)
- Akhlak (Sahsiah diri)
- Rasulullah (Sunnah)
- Ibadah (Pengabdian diri kepada Allah)

Memang tepat seperti yang Ustazah Siti beritahu beliau pagi tadi. Tarikh pula memang ngam-ngam. Waktu cuti sekolah. Dan yuran sangat murah.

Alhamdulillah, insya Allah. Qayyum boleh berubah dengan ilmu dan kawan soleh yang bakal beliau dapat. Masa Qayyum juga tidak terbuang. Digunakan dengan sebaiknya untuk menjadi anak yang lebih baik. 

Cikgu Marliana juga berpesan kepada Ibu-Ibu di luar sana. Mungkin ini pilihan terbaik untuk anak menjadi lebih baik.

Semua maklumat ada di sini. (KLIK GAMBAR.)

Insya Allah. Pelaburan akhirat tak pernah rugi. Beri peluang kepada diri untuk bantu anak-anak menjadi ummah yang berjuang untuk Islam.


Friday, 21 November 2014

Kisah Pak Cik Dapat RM10 Ribu -- Ketatkan Kru Sahaja.


“ ALLAH mengangkat beberapa darjat orang – orang yang beriman dan orang – orang yang diberi ilmu pengetahuan.” ( Al – Mujadalah: 11 )
Sebuah enjin kapal telah rosak. Sudah seminggu kapal saudagar yang kaya raya tidak dapat meneruskan pelayaran. 
Pemilik kapal tersebut telah memanggil beberapa orang pakar untuk membaiki kerosakan, tetapi selepas seorang demi seorang pakar cuba membaik pulih enjin kapal itu, ternyata tidak ada seorang pun yang boleh membaiki enjin kapal itu sehingga pulih seperti biasa.

Wednesday, 19 November 2014

Kisah Seorang Ibu Yang "BODOH"


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 


Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. 

Tuesday, 18 November 2014